Header AD

Home AD

Facebook Lancar Perkhidmatan Video Pendek Sama Seperti TikTok di Instagram

Facebook melancarkan perkhidmatan yang dikenali sebagai 'reels' di aplikasi media sosial popular iaitu Instagram.

 
Perkhidmatan ini dilancarkan sewaktu Microsoft berbincang untuk mendapatkan lesen operasi TikTok di ByteDance, China.

Dengan perkhidmatan Reels, dijangka saingan antara Instagram dan TikTok akan berlaku ketegangan dan juga akan berlaku saingan yang sengit kerana kedua-dua perkhidmatan ini hampir serupa.

Reels pernah pertama kali diuji di Brazil pada tahun 2018, kemudian di Perancis, German dan India yang merupakan pasaran besar aplikasi Tiktok kemudian kerajaan India mengharamkan penggunaan aplikasi TikTok kerana ketegangan antara India dengan China. 



Instagram belum merancang untuk menawarkan iklan atau cara lain untuk menjana pendapatan daripada perkhidmatan Reels tersebut.
Pengguna Reels juga boleh menambah kesan khas dan rentak muzik daripada kandungan muzik yang sama seperti aplikasi TikTok.

Ketua pegawai Ekslusif Tiktok, Kevin Mayer mengatakan perkhidmatan Reels tersebut sebagai produk dan perkhidmatan tiruan yang ingin meniru TikTok.
Perkhidmatan ini juga kemungkinan boleh mengganggu pengguna dari aplikasi TikTok untuk menjana pendapatan.





Facebook Lancar Perkhidmatan Video Pendek Sama Seperti TikTok di Instagram Facebook Lancar Perkhidmatan Video Pendek Sama Seperti TikTok di Instagram Reviewed by Anonymous on August 06, 2020 Rating: 5

1 comment

Post AD