Kejadian Letupan di Lebanon juga "Pernah Terjadi" di Malaysia
Lebanon sedang mengalami kemerosotan ekonomi yang besar selepas tragedi letupan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 154 orang maut, 5000 orang cedera dan 300,000 orang kehilangan tempat tinggal. (Sumber)
Namun, tahukan anda, letupan seperti ini juga "pernah terjadi" di Malaysia?
Tragedi Letupan Kilang Mercun Bright Sparklers
Tragedi Letupan Kilang Mercun Bright Sparklers merupakan tragedi yang berlaku di Sungai Buloh, Malaysia pada 7 Mei 1991 jam 3:45 petang. Kilang mercun tersebut terbakar yang telah menghasilkan letupan sehingga boleh didengari sejauh 7km daripada tempat kejadian.
Letupan ini telah memusnahkan kira kira 200 kediaman yang berada di sekitar kawasan kilang tersebut serta tingkap-tingkap rumah di sekitar kawasan Sungai Buloh sehingga Bandar Seri Menjalara dan Selayang pecah. Tragedi ini juga telah meragut nyawa 26 mangsa dan sebanyak 83 orang dilaporkan cedera
keadaan kawasan kilang mercun bright sparklers selepas kejadian. Tragedi ini juga lebih dikenali sebagai Hiroshima Sungai Buloh oleh media tempatan.
Kekuatan letupan tersebut diibaratkan seakan-akan perisitwan bom atom yang dijatuhkan oleh pesawat Amerika ke wilayan di Jepun itu pada Perang Dunia Kedua. Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca daripada kilang mercun ini sehingga menghasilkan kesan gegaran yang dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi.
Bunyi letupan yang kuat dan kesan gegaran yang dihasilkan memecahkan cermin tingkap rumah di Bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang terletak kira kira tujuh kilometer jauhnya.
Tragedi letupan ini memberi sejarah kepada negara. Tragedi ini juga menyebabkan kerajaan pimpinan Dr. Mahathir bin Mohamad mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini ianya dibenarkan. Kisah tragis itu berlaku kira-kira jam 3.45 petang apabila secara tiba-tiba, satu letupan gergasi terhasil dari kawasan di dalam kilang itu. Letupan kedua berlaku kira-kira 10 minit kemudian.
Letupan itu masih belum berakhir ketika letupan ketiga yang juga letupan paling kuat berlaku pada jam empat petang dan dirasai lebih empat kilometer. lebih 20 letupan berlaku yang kemudiannya menyebabkan kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer daripada tempat kejadian.
Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengan raungan kesakitan. Tangisan dan raungan juga semakin kuat kedengan tatkala melihat keadaan ngeri mangsa tragedi yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badannya dibawa keluar daripada bangunan kilang yang hangus terbakar. Lapan jentera bomba termasuk dua daripada kem tentera Sungai Buloh, dua daripada Wilayah Persekutuan, dua daripada Petaling dan masing-masing sebuah dari Damansara Utama dan Shah Alam tiba untuk memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa
Tekanan air yang terlalu rendah, pili air jauh, api merebak terlalu cepat, angin yang kencang merupakan antara halangan dan cabaran bagi pasukan keselamatan untuk memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa. Api merebak ke tiga buah rumah berhampiran kilang sebaik saja pasukan bomba tiba di tempat kejadian.
Pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri. Selepas dua jam bertungkus lumus, akhirnya mereka berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain sekitar kawasan kilang mercun itu.
Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur(HKL) dan lima dari Hospital Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat meneruskan operasi kerana khuatir letupan akan berlaku semulan berikutan masih ada tiga tempat simpanan bawah tanah di kilang itu.
Dua daripada stor itu sudah meletup dan meninggalkan kesan sedalam kira-kira enam meter.
Hari ketiga misi mencari mangsa dijalankan. 200 anggota penyelamat diarahkan beredar daripada kawasan kejadian kerana khuatir gas yang dilepaskan memberikan kesan kesihatan terhadap diri mereka berikutan hujan lebat yang berlaku selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga membebaskan gas beracun.
Kilang Mercun Bright Sparklers
Selepas tragedi letupan itu berlaku, satu persatu kisah tentang kilang tersebut mula terbongkar. Kilang Mercun Bright Sparklers disahkan beroperasi secara haram sejak tahun 1978 (kira-kira 13 tahun kilang tersebut beroperasi) malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang kerana menggaji pekerja di bawah umur. Siasatan juga menyatakan letupan berlaku berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja pengujian mercun yang siap untuk dipasarkan.
sumber: wikipedia
Kejadian Letupan di Lebanon juga "Pernah Terjadi" di Malaysia
Reviewed by Aimanstress
on
August 09, 2020
Rating:
Post a Comment