Header AD

Home AD

Karikatur Nabi Muhammad : Asal Usul Karikatur Nabi Muhammad SAW

 



Beberapa siri protes diadakan di negara-negara Islam susulan isu penghinaan melalui karikatur terhadap Nabi Muhammad oleh akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo

Protes itu juga sebagai respons kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron yang mempertahankan tindakan seorang guru yang mati dibunuh kerana membawa kartun itu ke dalam kelasnya dengan alasan hak kebebasan bersuara.- Astro Awani
Pada hari ini, saya tidak mahu membahaskan tentang protes ini, tetapi ingin menceritakan bagaimana dan daripada mana sejarah Karikatur Nabi Muhammad ini bermula.


Apakah Hukum Melukis Karikatur Nabi Muhammad?


Karikatur Nabi Muhammad difatwakan haram, apalagi dalam bentuk karikatur negatif. Namun selepas tragedi 9-1-1kartunis Eropah Barat suka memprovokasi umat Islam dengan alasan kebebasan berkarya , dunia global tanpa sempadan, media internet dan sebagainya. Mereka langsung tidak menghormati sensitiviti dunia Islam. - wikipedia

Peristiwa Penembakan Charlie Hebdo

Serangan ganas terhadap pejabat majalah  Charlie Hebdo di Paris, Perancis pada 7 Januari 2015 mengorbankan lapan orang wartawan termasuk editor, dan selebihnya dua orang anggota polis. Yang mula-mula terbunuh adalah salah seorang polis, Ahmed Merabet, beragama Islam. Beliau bertugas mengawal bangunan menempatkan majalah tersebut.


Pegawai polis, kenderaan kecemasan, dan wartawan di tempat kejadian dua jam selepas penembakan

Tiga orang suspek dinyatakan sebagai bertanggungjawab terhadap keganasan tersebut iaitu Hamyd Mourad, Said Kouachi dan Cherif Kouachi. Mereka dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas, al-Qaeda cawangan Yaman.


Punca Penembakan Charlie Hebdo

 Dalam insiden pada Rabu di kota Paris, 12 individu terbunuh dalam serangan bersenjata melibatkan tiga individu bertopeng, didakwa militan Islam, yang merempuh masuk pejabat tersebut dan seterusnya melepaskan tembakan rambang.  Charlie Hebdo sering mempersendakan pelbagai tradisi agama dan faham kepercayaan, termasuklah Katolik, Yahudi dan tentulah Islam. Antara kartun yang diperaga oleh Charlie Hebdo dikatakan mengejek Nabi Muhammad SAW.



Untuk rekod, ini bukan kali pertama serangan bersenjata dilakukan terhadap golongan kartunis. Washington Post dalam laporannya menyebut beberapa kes terdahulu yang telah mencetuskan kemarahan, terutamanya dalam kalangan umat Islam, terhadap kartunis.
Semuanya bertitik tolak daripada tindakan mereka yang dianggap biadap dan menghina melalui lakaran atau karikatur yang memaparkan mimik wajah yang menghina Nabi Muhammad SAW, nabi junjungan umat Islam.

Insiden melibatkan serangan ke atas golongan kartunis:

1. Nama Charlie Hebdo tidak asing lagi dalam isu ini. Akhbar mingguan ini sering mempermainkan sentimen dan ideologi agama, resipi yang sudah cukup untuk menjadikan akhbar itu sebagai fokus ketidakpuasan hati ramai pihak.
Pada 2011, mereka menerbitkan beberapa karikatur menghina Nabi Muhammad dan menukar nama akhbar kepada ‘Charia Hebdo’ yang mengejek perkataan ‘syariah’.
Pada tahun 2012, pejabat Charlie Hebdo telah dibom dan laman sesawangnya digodam. Dilaporkan tiada nyawa yang terkorban dalam serangan tersebut. Dalang di sebalik kejadian berkenaan masih bebas dan kerajaan beranggapan ia dilakukan pihak militan.
Namun, selepas tragedi itu, akhbar berkenaan sebaliknya memperhebatkan lagi penghasilan kartun yang memaparkan Nabi Muhammad.

Seorang mangsa diusung ke ambulans selepas serangan bersenjata di pejabat akhbar satira Perancis 'Charlie Hebdo' di Paris pada 7 Jan 2015. -Foto AP/Thibault Camus

2. Pelukis kartun Belanda, Kust Westergaard menjadi sasaran utama dalam rancangan pembunuhan sekitar tahun 2008.
Kemudian diikuti dengan artis Lars Vilks yang menerima ugutan bunuh selepas lukisannya telah diterbitkan akhbar Nerikes Allehanda di Sweden.
Kedua-dua kes tersebut membabitkan kontroversi yang wujud oleh gambaran grafik Nabi Muhammad yang dihasilkan mereka.

(Dari kiri) Timbalan Ketua Pengarang Bernard Maris, Georges Wolinski, Jean Cabut (Cabu), Charb, dan Tignous. - Foto AFP/Guillaume Baptiste/Bertrand Guay/Francois Guillot

3. Pada tahun 2005, sebuah akhbar Belanda, Jylland Posten, dilaporkan mencari pelukis ilustrasi yang sanggup melukis wajah atau karikatur Nabi Muhammad. Ia susulan kesukaran penulis, Kare Bluitgen mencari kartunis yang mahu melukis Nabi Muhammad untuk bukunya.
Kesukaran berlaku ekoran insiden pembunuhan pembikin filem Theo Van Gogh yang dibunuh pihak pelampau pada tahun 2004 selepas menerbitkan filem pendek ‘Submission’ yang mengkritik bagaimana wanita Islam dilayan.

Ahli bomba dan anggota polis berkumpul di depan pejabat akhbar satira Perancis Charlie Hebdo di Paris pada 7 Jan 2015. - Foto AFP/Philippe Dupeyrat

Akhirnya, 12 karikatur Nabi Muhammad telah dikeluarkan Jylland Posten termasuk sebuah lakaran Westergaard yang menunjukkan Nabi Muhammad memakai bom sebagai serban.
Pihak penerbitan akhbar berkenaan telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang Islam di Belanda yang mendakwa tindakan berkenaan adalah satu penghinaan buat umat Islam.
Ia kemudiannya menjadi kes antarabangsa apabila, 57 negara dari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam tindakan tersebut dan Arab Saudi telah menarik kedutaannya di Belanda.
Pada tahun 2007, akhbar Charlie Hebdo telah menerbitkan semula karikatur tersebut dan ditambah dengan koleksi lukisan mereka sendiri.

4. Kartunis Belanda Gregorius Nekschot telah menerima sokongan dan kritikan untuk kartunnya yang dihasilkan mengenai Islam. Dia kemudian ditahan di bawah tuduhan ‘menghina’ pada tahun 2008.

Presiden Perancis Francis Hollande tiba di pejabat akhbar satira Charlie Hebdo di Paris pada 7 Jan 2015. - EPA/Etienne Laurent
5. Artis Sweden, Vilks telah melukis gambar Nabi Muhammad sebagai satu ukiran jalanan dan diberi tajuk ‘ A Roundabout Dog’ pada tahun 2007. Lukisan tersebut telah dikeluarkan daripada pameran seni tempatan.
Menurut Washington Post, ukiran jalanan tersebut telah diterbitkan semula oleh beberapa akhbar dan sekali lagi menimbulkan kemarahan dan ancaman.
6. Pada tahun 2010, pencipta kartun terkenal Amerika, South Park telah menerima ugutan apabila telah beberapa kali memaparkan kartun Nabi Muhammad.
Kartunisnya, Molly Norris kemudian mengisytiharkan bahawa 20 Mei setiap tahun adalah ‘Hari Melukis Muhammad’.
7. Pada tahun 2012, akhbar Onion mencetuskan kemarahan dengan menerbitkan sebuah artikel bersama foto yang menunjukkan Moses, Jesus Christ, Ganesha dan Buddha melakukan hubungan seks - bertajuk ‘No One Murdered Because Of This Image’.

Pada pendapat saya, perkara sebegini haruslah dan mesti dihentikan dengan segera. "Penyakit" Islamophobia haruslah kita cegah habis habisan.

Negara Malaysia MENGECAM Charlie Hebdo menerbitkan Karikatur Rasulullah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mewakili kerajaan Malaysia dan umat Islam di negara ini menulis surat kepada Kedutaan Perancis berhubung hal berkenaan.

Menerusi surat itu, Zulkifli turut meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan tindakan akhbar berkenaan, namun turut menyatakan, sebagai umat Islam, pihaknya tidak akan membalas dendam dengan cara yang sama dilakukan oleh akhbar itu kerana menganggap ia sebagai tidak hormat terhadap orang lain.

"Sukar untuk mempercayai dunia moden ini, ada antaranya masih belum mengetahui mengenai pentingnya hidup bersama dalam keadaan aman dan damai. Islam juga bukanlah satu agama asing di Perancis.

"Perancis adalah antara negara Eropah pertama mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaannya pada 1957. Semoga peristiwa ini memberi pengertian yang besar serta meneruskan hubungan erat antara Malaysia dan Perancis," katanya menerusi surat yang dihantar kepada Duta Perancis di Malaysia,hari ini.

Karikatur Nabi Muhammad : Asal Usul Karikatur Nabi Muhammad SAW Karikatur Nabi Muhammad : Asal Usul Karikatur Nabi Muhammad SAW Reviewed by Aimanstress on October 28, 2020 Rating: 5

No comments

Post AD