17 Maut, Pesawat Terbabas dan Terbelah Dua
Sekurang-kurang 17 maut selepas pesawat membawa 191 penumpang yang terkandas di Dubai ekoran COVID-19 terbabas ketika mendarat di Kozhikode, Kerala di India pada Jumaat.
lebih 100 orang cedera manakala 15 parah selepas Pesawat Air India Express Boeing 737 dari Dubai terbabas dan terbelah dua.
Menurut laporan, pendaratan dibuat ketika hujan lebat.
Pegawai mengatakan 191 penumpang dan kru pesawat jatuh 10 meter daripada tebing landasan itu.
Menurut senarai mangsa yang dilihat AFP, mangsa yang maut termasuk bayi berusia 18 bulan dan 10 bulan.
Kata penyiar DD news, siasat lanjut akan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar pesawat yang membawa 191 penumpang dan kru tersebut tergelincir dan terbabas.
Pihak berkuasa berjaya menyelamatkan sebahagian besar penumpang kerana pesawat tersebut tidak terbakar ketika terbabas.
Pejabat ketua menteri Kerala, memberitahu selain 17 yang maut, 173 yang lain sedang menerima rawatan di hospital.
17 Maut, Pesawat Terbabas dan Terbelah Dua
Reviewed by Anonymous
on
October 28, 2020
Rating:
Post a Comment