Header AD

Home AD

PDRM siasat penerbit, pelakon iklan raya judi online

 
Tangkap layar video iklan judi raya




KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan isi kandungan iklan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mempromosikan perjudian online jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk menyiasat asal usul video terbabit
"Siasatan polis akan menjurus kepada penerbit, pelakon-pelakon yang terlibat di dalam video itu.

"Mereka akan dikesan dan akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka". katanya dalam kenyataan pada Jumaat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah berkomunikasi dengan pihak penyedia platform media seperti Facebook, Twitter, dan YouTube untuk menurunkan kandungan video yang memaparkan iklan judi raya.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, ia dilakukan mengikut terma perkhidmatan serta piawaian komuniti yang ditetapkan oleh pihak mereka yang berpangkalan di luar negara.

"Pada masa sama, pihak yang terbabit seperti pihak produksi dan pelakon seharusnya perlu lebih peka untuk tidak turut sama bersubahat dalam kegiatan mempromosikan judi dalam talian, yang jelas satu kesalahan.

"Penghasilan kandungan adalah tertakluk kepada Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia untuk dipatuhi oleh mereka yang terbabit dengan penghasilan dan pengedaran kandungan," katanya.

Menurutnya, dalam kebebasan menyediakan kandungan, penyedia harus mengikuti kod kandungan yang sesuai dengan norma masyarakat Malaysia yang majmuk.

"Pengguna media sosial juga perlulah lebih bertanggungjawab dengan melaporkan perkara sebegini secara terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan mereka dan bukannya menyebarluaskan kandungan berkenaan.

"Perbuatan menyebarluaskan kandungan berkenaan secara langsung hanya akan membantu pihak yang terbabit dalam menyebarkan dakyah mereka mempromosikan perjudian dalam talian yang boleh memudaratkan masyarakat Malaysia," katanya.

PDRM siasat penerbit, pelakon iklan raya judi online PDRM siasat penerbit, pelakon iklan raya judi online Reviewed by eman on April 16, 2021 Rating: 5

No comments

Post AD